Terima kasih kerana membaca tulisan ini.
Tulisan ini tamat disini.
Assalamualaikoum.
Thursday, 17 May 2007
Friday, 11 May 2007
pengalaman kerja ina
Terima kasih sebab ramai yang datang baca tulisan ina yang tah apa-apa ni. hehehe. Akak Bunga Rampai, Mineral, Abang Jaketbiru dan edyan. Terima kasih banyak-banyak. Yang sunan, may13 dan nur@deen pulak tak habis-habis dengan cerita ulat bulu. hehehe.
Hari ini ina nak cerita tentang kerja-kerja yang ina pernah buat.
Kerja pertama ina yang dibayar gaji ialah kerja jaga anak orang. Masa tu mak ina selalu bawak helikopter, jadi kerja-kerja rumah ina yang ambil alih. Jadi ina kena la jaga baby Cikgu Maziah. Mak ina memang selalu jaga baby tu kalau tak bawak helikopter.
Baby tu nama Muhammad Danial Askara. Mak dia panggil Danial. Ina panggil baby tu askar.hehehe.
Biasanya dia Cikgu Maziah bayar RM200 kat mak ina. Jadi bila ina tolong ambil alih kerja mak ina, mak ina bagi la kat ina RM30. Masa tu ina umur 16 tahun. Lepas berenti sekolah. Dengan duit RM30 tu ina belanja mak dan ayah ina makan yong tau fu. hehehe. Ada belen RM20 ina simpan. Tapi kan, sebab lama tak kerja lepas tu, habis semua RM20 tu ina belanja.
Ina pernah jugak pi temuduga kerja kilang. Ina tau kat iklan kata mesti umur 18 tahun keatas, tapi ina saje je cuba-cuba. Temuduga terbuka. Punya la ramai orang datang. Ada satu kakak tu senior ina masa sekolah dulu. Dia cerdik masa sekolah, selalu dapat hadiah kalau hari peyampian. Pelik ina bila tengok dia pon sama temuduga kerja kilang.
Ina tegur dia. Dia buat-buat tak kenal ina. Tapikan, boleh jadi jugak dia memang tak kenal ina sebab masa ina form 1, dia dah form 4.
Masa ina isi borang dan serahkan kat kakak yang jaga bahagian borang, kakak tu terus kata; awak tak cukup umur lagi ni, tak boleh.
Ina kata; ala boleh la kak. saya nak kerja.
Dia kata ; tak boleh tak boleh. awak tak cukup umur. nanti kami kena saman.
Ian pun balik.
Bukannya ina terpaksa kerja ke apa. Saja suka-suka. Ayah tak pernah pun suruh ina cari kerja. Ayah kata tunggu umur 18 atau 19 tahun baru cari kerja.
Kemudian tu ina pi kerja kedai runcit Atan. Atan ni bahaya. Dia suka dekat-dekat dengan ina. Macam Cikgu Wan masa ina sekolah dulu. Cikgu Wan guru kaunseling. Ina selalu kena kaunseling sebab selalu sangat gagal banyak matapelajaran. Masa dalam bilik kaunseling Cikgu Wan suka sangat duduk dekat-dekat. Rimas Ina. Sama macam Atan. Ina tahan kerja 2 minggu je kat kedai Atan.
Lepas tu ina takde la kerja mana-mana sampai lah Abang Wahid ajak kerja warung dia.Dia jual kedai tomyam. Tapi tu pun tak lama sebab selalu balik larut malam-bilaaaa larut malammm, tarakuca-tarakuca-hehehe. Ayah ina tak kasi sebab dia kata bahaya. Sekarang ni macam-macam dia kata. Culik lah, bunuh lah. Jadi ina pun berenti. Sampai la lani. Dok saje. Jadi kalau siapa-siapa ada kerja kosong, cakap kat ina. hehehhe.
Ini ina baca kat blog sapa tah. Dia tulis; ajarkan seekor monyet menulis dan dia akan pasti berblog.
Tak baik dia kata ina dan kawan-kawan yang tulis blog serupa dengan monyet. heheh.
bai.

Monday, 7 May 2007
satu petang di pasar malam
Tadi ina pi pasar malam, terjumpa pulak dengan Abang Man. Abang Man ni dah baya ayah ina, tapi sebab dia belum kawin, semua orang panggil dia Abang Man.
Masa nampak ina, dia senyum dan tanya, "mak sihat?". Ina kata sihat sesihat-sihatnya.hehehe.Dia senyum lagi. Lepas tu dia tolong bayarkan rojak buah yang ina beli. Ina kata terima kasih, dia kata "kirim salam kat mak", ina kata insha allah.
Kalau nak tahu, masa ayah ajak mak ina balik kampung sebab dia dapat kerja pembantu am kat SMKGR dulu, mak taknak. Nak tahu sebabnya? Sebabnya ialah, Abang Man is mak ina punya boifren lama. hehehe. Satu kampung tau yang depa tu berkasih. Cintan cintun. Semua orang ingat depa mesti kawin. Tapikan, jodoh di tangan Tuhan.
Ayah ina dapat kerja kat SMKGR tu sebab kawan dia masa kecik jadi guru besar kat situ. Dia tanya ayah ina nak tak kerja pembantu am kat kampung. Ayah kata nak dan dia tolong ayah ina dapatkan kerja tu. Dulu ayah kerja kilang, tak ada pencen. Sekarang kerja kerajaan, adalah pencen bila ayah ina dah pencen.
Mak ina mati-mati tanak balik kampung sebab takut jumpa Abang Man. Ayah tau tapi ayah cakap yang lepas tu lepas lah. Mak diam je. Bila dapat surat kata ayah ina betul-betul dah dapat kerja pembantu am tu, barulah mak setuju. Itu pun selepas ayah tunjuk gaji berapa dan ada pencen dengan boleh pergi hospital kerajaan kalau sakit. Tak kena bayar.
Senang sikit sebab adik beradik ina ramai.
Terima kasih sebab baca tulisan ina. Nanti kalau ada masa ina tulis lagi.

Thursday, 3 May 2007
hi!
Hi! Nama ina bukanlah ina, tapi sebab nama bapa ina naim sama dengan nama ayah ina, ina sengaja pakai nama ina naim untuk blog ni. Nama betul ina ialah aqilah binti abu naim. Umur Ina 19 tahun. Ina lahir di Klang pada 13 haribulan Jun 1988. Tapi sekarang ina dah tak tinggal di Klang. Masa ina lahir ayah ina kerja di Klang. Mak ina ada sekali dengan ayah masa tu. Maklumlah, tempat isteri yang soleh adalah disisi suami.
Ina dah tak sekolah. Ayah ina suruh berhenti sebab masa ina tingkatan 3 dulu selalu dapat E masa periksa. Ayah kata kalau ina sekolah pun, ina tak akan pandai. Jadi dia kata baik duduk rumah tolong mak. Adik beradik ina ramai, 7 orang semuanya kalau tak kira adik ina yang meninggal masa lahir. Ina anak nombor 6, seken bongsu, tapikan, ina lebih manja dari adik lelaki ina yang bongsu tu. hehehe.
Abang dan kakak-kakak ina semua dah kerja. Ada kerja posmen, ada kerja kilang dan seorang kakak ina kerja kat Sabah. Dia kakak nombor 3. Ina selalu rindu kat dia sebab dia jarang balik. Abang ina yang 2 orang tu lelaki. Dua-dua pakai motor. Dua-dua pakai EX 5. Ina takut diaorang dua-dua jadi mat rempit. Orang kata mat rempit ni selalu rosakkan budak perempuan. Ina selalu baca dalam suratkabar metro tentang mat rempit yang jahat. Masa sembahyang ina selalu doa supaya abang-abang ina tak jadi mat rempit. Ina kadang-kadang doa jugak untuk dapat boifren hensem. hehehe.
Ayah ina kerja pembantu am kat sekolah ina dulu. SMKGR. Apa makna dia rahsia. hehehe. Mak ina tak kerja apa-apa. Cuma kadang-kadang dia ambil upah potong rumput bila Abang Man yang kerja kontrektor ada projek. Tapi dah lama mak tak pi potong rumput sebab Abang Man Kontrektor dah lama tak dapat projek.
Panjang pulak cerita ina. Nantilah lain kali ina tulis lagi. Ina cuma nak kata, ini ina punya blog! Horey!

Subscribe to:
Posts (Atom)